Friday, 1 July 2011

Tip Elak Mengantuk

Di musim-musim perayaan sebegini, ramai di antara kita yang pasti akan pulang ke kampung masing-masing.
Ada yang balik ke kampung dengan menaiki bas, keretapi, kapal terbang dan pelbagai kenderaan awam.
Ramai juga di antara kita yang balik kampung dengan memandu kereta sendiri.
Kepada mereka yang balik kampung memandu kereta sendiri,
tidakkah anda berasa mengantuk ketika memandu?
Terutamanya mereka yang memandu dalam keadaan letih untuk perjalanan yang jauh dan di waktu malam hari.
Pastinya rasa mengantuk yang teramat sangat akan dirasai.mandu.
Memandu dalam keadaan yang mengantuk, sangat-sangat berbahaya.
Sedetik saja anda terlelap ketika memandu bakal mengundang padah yang tidak dijangka.
Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk beringat dan berjaga-jaga sebelum perkara buruk menimpa kita.
Berikut ini adalah jampi (ayat Quran) yang boleh di amalkan bagi mengelakkan rasa mengantuk. Ayat ini terdapat di dalam ayat Qursi yang berbunyi …

” LAA TAK KHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”
(maknanya: “[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR“)
Selalulah membaca ayat Qursi ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda.
Adalah lebih baik sekiranya anda dapat mengamalkan seperti cara di bawah ini sebelum memulakan sesuatu perjalanan.
1-Baca ayat Qursi 3kali sebelum memasukkan gear pertama
2-Kemudian, bacalah…
“BISMILLAHILLADZI LAA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMI’UN ‘ALIIMM” (dibaca 3 kali)
* Jika anda tidak menghafal nya pun tidak mengapa, bacalah 3 Qul (Qulhuwallah, Qula’uzubirobbil falaq, Qula’uzubirob binnaas) selepas anda baca ayat Qursi.
Apa2pun, yang penting, selalulah berzikir dan berdoalah pada ALLAH agar perjalanan anda selamat daripada bala bencana.

No comments: