Dalam sehari, berapa kali korang mandi? 3 kali? 2 kali? Atau 1 kali saja? Saya kalau hari bekerja, akan mandi sekurang2nya 2 kali sehari. Iaitu lepas bangun tidur sekali, dan selepas balik dari kerja sekali.
Tapi kalau hujung minggu atau hari cuti, saya akan mandi lebih kerap. Paling tidak 3 kali iaitu pagi, tengahari dan sebelum maghrib. Hari Ahad lepas, saya mandi 5 kali sebab cuaca panas sangat.
Sebut pasal mandi ni, sebelum ini saya ada kongsikan 1 artikel di blog ini yang menerangkan tentang Rahsia Mandi. Haa kali ini pula, saya ingin berkongsi dengan korang tentang cara mandi yang lebih bagus dan bermanfaat kalau diamalkan.
Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada korang. Bagaimanakah cara korang mandi setiap hari? Korang basahkan dari bahagian atas (kepala) dulu atau dari bahagian bawah (kaki) dulu? Atau korang jirus dari bahagian tengah (badan) dulu? Saya ada bertanya kepada kawan-kawan saya bagaimana mereka mandi? Adakah mandi mula dengan basahkan kaki dulu atau kepala dulu? Kebanyakan mereka cakap, mereka mandi mula dari kepala dulu.
Saya katakan kepada mereka, cara itu kurang baik. Sebab saya pernah terbaca satu artikel yang menceritakan tentang cara mandi yang lebih baik dan patut diamalkan oleh semua orang.
Apakah cara tersebut? Caranya ialah mandi dengan cara membasahkan bahagian bawah dulu (kaki) dan kemudian baru basahkan bahagian badan dan seterusnya bahagian kepala. Cara mandi ini disebut ‘mandi songsang’.
Menurut artikel yang saya baca, cara mandi sebegini adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.
Kebiasaannya, ramai diantara kita mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala dulu. Sebenarnya cara ini akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.
Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Ia boleh menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Ini adalah disebabkan, seluruh sistem hormon dan aliran bendalir dalam badan adalah diatur dan disetkan di dalam kepala. Jadi, cara mandi bermula dari kepala akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.
Cara yan bagus dan lebih dianjurkan ialah, mandi songsang iaitu dengan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala.
Berikut ini dicatatkan beberapa kebaikan dan kelebihan mandi songsang atau mandi yang bermula dari bahagian bawah.
1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
2. Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5. Melancarkan perjalanan darah.
6. Menjadikan pengamal semakin pintar.
7. Meninggikan daya ingatan.
8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
9. Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
11. Memiliki daya ketahanan mental.
12. Menambahkan semangat berani.
13. Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.
Perlu saya katakan bahawa, samaada info ini benar atau tak, saya pun tak pasti sebenarnya. Saya hanya ingin berkongsi dengan korang apa yang saya baca.
Kalau ada diantara pembaca blog ini seorang doktor, bolehlah sahkan info ini. Atau kalau ada yang boleh bertanya kepada mereka yang berkelayakan, tolonglah tanyakan dan kongsi dengan pembaca blog ini, adakah info ini boleh dipakai atau tidak.
Apa2pun, selama ini cara saya mandi ialah dengan cara membasahkan bahagian badan saya dulu. Kemudian barulah saya akan jirus air dari kepala. InsyaAllah, lepas ni, mungkin saya akan cuba untuk ubah cara mandi saya kepada cara mandi songsang seperti yang dicadangkan.
Korang bagaimana? Nak ubah cara mandi kepada cara mandi songsang? Atau terus mandi seperti cara yang biasa korang amalkan selama ini….? Terpulanglah pada kesukaan masing-masing.
Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan
untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine
menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam
berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13
peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air
panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut ini disenaraikan beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya;
Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas
membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan
membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang
dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Stres: Jika anda mengalami stres, mandi air sejuk adalah jawapan yang
tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. l
Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal
boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam
air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian
dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk
berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang
lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan
pergelangan kaki kemudia tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender,
peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama
10 hingga 20 minit.
Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang
mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki
sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,
pendarahan hidung, selsema dan sembelit..
No comments:
Post a Comment