Monday, 19 November 2012

My Hero..

Salam semua.. Rindu sangat kat kekawan dalam blog nie.. Hari nie baru sempat nak download gambar anak ibu, Alhamdullilah syukur ke hadrat illahi aku dah selamat bersalin disamping suami tercinta. Tapi hanya tuhan aje yang tahu macam mana sakitnya nak bersalin.. Meh nak cerita sikit tentang pengalaman ngeri aku masa aku nak melahirkan anak sulung aku Muhammad Ikhmal Rizqi.Aku dijangka lahirkan baby aku pada 8/8/2012 tapi pada 7hb August tu aku kena p check-up, nak dijadikan cerita aku dapat doktor ganti, Doktor baru katakan agak bodoh la sikit, dia bagi tau kata air ketuban aku tak cukup aku kena refer p Hospital bersalin. Sampai hospital bersalin jumpa pakar depa cakap semua ok, tapi memandangkan esok dah due date,aku ditahan di hospital.Tau saja la duk kat hospital,membosankan tambah pulak dapat nurse India tak silap nama dia Jenifer macam haram jaddah. Saat-saat yang ditunggu pun telah tiba jam 6.30am masa doktor nak masukkan ubat, air ketuban aku pecah, tapi masa tu tak sakit lagi.. aku panggil suami aku masuk sekali. Dalam bilik bersalin tu ada 2 orang Nurse punya la baik, sambil nurse bubuh ubat aku nie pun rancak la dok sembang dengan nurse dan suami aku... Dalam pukul 10.20 tu aku mula rasa sakit pinggang, kejap sakit kejap ok..rasa mcm nak terkencing masa tu.. Aku suruh suami aku angkat aku,aku nak duduk, tiba2 aje aku rasa nak pitam.. Tak sangka aku pengsan saat aku nak melahirkan anak aku.. dalam sedar tak sedar aku nampak ramai sangat dalam bilik bersalin aku, lebih dari 10 orang..Suami aku menanggis sambil dok panggil nama aku.. Aku separuh sedar, tapi aku tgk doc,nurse bg suntikan kat tangan aku, bg oksigen, rasa mcm nak putus nyawa.. Nurse bg buah kurma dengan air yassin kat aku,masa tu pintu rahim aku baru buka 2cm, aku dijangka lahirkan baby aku pukul 5.00 ptg.. Aku minum juga air yassin tu, tp masih rasa mcm nak pitam, last sekali Nurse minta suami aku keluar jumpa abah suruh buat air penawar, nasib baik la abah aku nie pandai berubat kampung, dan sister tu sepupu mak aku..Lepas abah buat air masuk mai,suami aku bg minum dan sapu kat muka aku,baru aku sedar, bila aku sedar terus doc suruh pushhhhhhhh, tak silap aku masa tu baru buka 4cm..yang selebihnnya depa potong la.. Alhamdullilah tepat jam 10.45 aku selamat bersalin.. Rupa-rupanya aku pengsan sebab ada benda hinggap kat aku, tahu aje la hospital bersalin kat tempat benda2 kotor nie berkumpul.. Tapi syukur aku dengan anak selamat. Terima kasih buat suami,mak aku yang sanggup tunggu dihospital dan bermalam dihospital.. Tima kasih semua...

Monday, 16 July 2012

Menghitung Hari...

Salam semua... Rasanya dah lama bb tak tulis blog nie... Memanjang busy...sampai tak ada masa nak jenguk blog..Sekarang nie duk mengitung hari menanti kelahiran anak pertama ku..Seronok, takut semua ada dalam hati.. Tapi aku bersyukur kerana tak sampai sebulan aku kahwin aku dah disahkan hamil.. Alhamdullillah... Sekarang kandungan aku dah mencecah 37minggu (9 bulan lebih ) kira tunggu hari untuk sayang ibu dan abah lahir kedunia... sakit sikit aje, aku rasa dah mcm nak beranak.. Yang pasti aku benar2 takut, mcm mana la keadaan aku bila nak bersalin nanti.. Minta2 dan aku berdoa sangat agar suami aku ada disisi aku bila aku nak bersalin nanti..

Friday, 17 February 2012

Oh lamanya









salam.. Apakhabar semua,dah lama tak update blog nie
almaklumlah busy sgt, nie baru sempat nak update..
Alhamdullilah kepada Allah swt akhir satukan aku
dgn si dia, Doakan kami semoga berbahagia hingga
akhir hayat..

Tuesday, 12 July 2011

MALAM PERTAMAKU

Malam Pertama

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum! " ke telinganya untuk Menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam. " Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg. ..."

"Tik..tik..tik. .tik..."

"Kring.. kring..kring. ."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!

TAMAT

Friday, 8 July 2011

AKU SAKIT HATI NIE

Dah 2,3 hari nie aku sakit hati giler kat B*B*
dua ekor kat office aku nie.. Peragai macam haram jaddah,
memang celaka jenis kaki mengampu boss.. Ehh aku sakit hati giler.
Kalau kerja dengan orang .... selalu aje ditindas.. Aku sakit hati la..
Depa nie memng sial la, tuhan mau bagi accident mampuih...

Friday, 1 July 2011

Wanita Mati selepas Malam Pertama - Mengejutkan

Sg Petani: Seorang wanita yang berumur 35 thn ditemui mati di dalam bilik
tidurnya semalam.. Menurut kata dari penduduk setempat, wanita
itu baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama seorang lelaki tua
berumur 70 thn, sehari sebelum dia meninggal dunia (kelmarin).

Menurut suaminyanya, si mati tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda
ganjil yang mencurigakan sewaktu mereka mula masuk ke bilik tidur pada malam
pertama dan menikmati malam pertama itu sebagaimana pasangan-pasangan lain.

Dia berkata dia hanya menyedari kematian isterinya itu pada keesokan
harinya (pada hari kedua perkawinannya bersama wanita itu) setelah isterinya tidak bangkit dari tidur sehingga ke tengahari.

Suaminya yang menyangka isterinya keletihan mula mengesyaki sesuatu apabila
tubuh isterinya hanya kaku tidak bergerak apabila dia cuba mengejutkannya.
'Saya cepat-cepat panggil jiran dan ketua kampung', kata suami si mangsa
itu lagi.

Menurut doktor dari Hospital Alor Setar, Dr. Amran, yang melakukan bedah
siasat sewaktu dihubungi semalam, berdasarkan kepada siasatan awal beliau
mengatakan bahawa mangsa itu dikhuatiri telah terminum air mani yang telah
luput tempohnya.

Sekian,

Nasihat kepada sume penduduk dan kekwn.... kawin cepat2 sebelum expired!

FAMILY DAY IJM







Apa macam ada comel tak???